Niniezdiany
Thursday, June 11, 2015
Peti Sejuk Baru
Hari ini bertambah lagi satu kelengkapan rumah baru kami iaitu peti ais 2 pintu jenama LG berkapasiti 430 liter. Saya membelinya di kedai elektrik di Kangar dengan harga yang istimewa iaitu RM 1980. Mengikut kata tauke kedai elektrik tersebut, itu harga modal dan saya mendapat harga istimewa tersebut kerana beliau merupakan klien di pejabat saya. Bertuahnya diri ini. Melihat pelbagai kelengkapan elektrik di kedainya, saya memasang angan-angan untuk membeli pressure cooker (RM 400), Air Fryer (RM 800) dan Air Cond (RM 1680). Saya perlu mengumpul duit untuk semua itu. Saya pasti boleh menabung untuk angan-angan saya.
Tuesday, June 9, 2015
Keuntungan 12 peratus dari IPO Dolphin International
Alhamdulillah, pagi-pagi lagi saya dah memperolehi keuntungan 12 peratus dari IPO Dolphin International. Saya berjaya melanggan sebanyak 11,000 unit pada harga modal 68 sen dan telah menjualnya pada awal pagi tadi pada harga 77 sen. Begitu juga dengan adik saya yang berjaya melanggan sebanyak 9000 unit. Pada ketika ini, keadaan pasaran saham yang tidak menentu. Jadi keuntungan ini merupakan bonus untuk saya. In sha Allah, saya akan kongsi sebahagiaan dari keuntungan ini dengan ahli keluarga saya.
Saturday, June 6, 2015
Sesi merapatkan silaturahim
Hari ini kami mengadakan jamuan makan untuk pelajar-pelajar MPKK Wang Ulu. Ramai yang datang dan mereka sama-sama menolong menyiapkan hidangan untuk makan tengahari. Terima kasih adik-adik kerana sudi datang ke rumah kami.
Thursday, June 4, 2015
Ulangtahun perkahwinan yang ke 9
Alhamdulillah, sudah genap 9 tahun usia perkahwinan kami. Seiring dengan usia perkahwinan kami, kami telah dikurniakan 3 orang puteri (6 tahun, 4 tahun dan 7 bulan). Kami berdoa agar ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke syurga dan dilimpahi rezeki yang murah dan kebahagiaan. In Shaa Allah.
Thursday, January 1, 2015
Fityati Jubah
Material : High quality chiffon with lining
Measurements:
Size M:
Length: 140cm
Bust: 94cm
Shoulder: 37cm
Sleeve: 59cm
Size L:
Length: 142cm
Bust: 98cm
Shoulder: 38.5cm
Sleeve: 59.5cm
Size XL:
Length: 143cm
Bust: 102cm
Shoulder: 40cm
Sleeve: 60cm
Price RM 90, discount 12% = RM 79
Postage
RM7 for Peninsular Malaysia
RM10 for Sabah Sarawak
Whatsapp / Telegram / SMS : 012-4791182 (Ninie)
Whatsapp / Telegram / SMS : 012-4791182 (Ninie)
Monday, December 22, 2014
Membina Keyakinan Diri Anak
Anak saya berumur 5 tahun. Dia susah untuk masuk pertandingan. Dia takut akan tersalah buat dan tidak dapat membuatnya. Dia suka mewarna. Tapi bila disuruh masuk pertandingan mewarna, dia tak mahu. Dia takut kalah dan tak dapat hadiah. Dia lebih suka melihat adiknya yang berusia 3 tahun masuk pertandingan mewarna dan mahu berkongsi hadiah jika adiknya menang. Tapi bila dipujuk, akhirnya dia mahu juga. Dan baru-baru ni ada pertandingan mewarna. Bila diajak masuk pertandingan mewarna, dia sudah mahu. Dia sendiri menyatakan kalau dia tak menang pun tak apa. Masuk pertandingan untuk suka-suka je.
Kebetulan masa pertandingan mewarna tu ada sukaneka acara memasukkan air ke dalam botol menggunakan span. Acara tersebut untuk kanak2 tiga ke enam tahun. Bila disuruh masuk, seperti biasa dia tak mahu. Benda baru, sebab tu dia tak nak. Adiknya ok je. Dah bermacam cara saya pujuk, dia tak mahu juga, sampai saya rasa mengalah untuk memujuk dia lagi. Akhirnya saya cuba bertanya dia kenapa dia tak mahu masuk pertandingan itu. Dia kata dia takut tak pandai masukkan air dalam botol menggunakan span. Dia kata dia takut kalah. Saya kata tak apa kalau kalah. Kita main untuk suka-suka. Tak dapat hadiah pun tak apa.
Sebenarnya masa saya pujuk dia saya ada menyatakan semua itu. Tapi tak berkesan. Apabila saya bertanya pada anak saya sebab kenapa dia tak nak masuk pertandingan itu, dan dia meluahkan sendiri pada saya perasaan dia yang takut pada kekalahan itu, dan saya mendengar serta memujuknya kembali, barulah timbul keyakinan dalam diri dia dan dia mahu masuk pertandingan itu.
Kadang-kadang memujuk anak kena ada caranya. Biarkan mereka meluahkan apa yang terbuku di hati mereka. Walaupun kita boleh meneka hati mereka dan cuba memujuknya, ia tidak sama. Kita harus menjadi pendengar yang baik. Bukan hanya kita sahaja yang bercakap. Biarkan mereka yang meluahkannya.
Friday, December 19, 2014
Subscribe to:
Comments (Atom)





