Kebetulan masa pertandingan mewarna tu ada sukaneka acara memasukkan air ke dalam botol menggunakan span. Acara tersebut untuk kanak2 tiga ke enam tahun. Bila disuruh masuk, seperti biasa dia tak mahu. Benda baru, sebab tu dia tak nak. Adiknya ok je. Dah bermacam cara saya pujuk, dia tak mahu juga, sampai saya rasa mengalah untuk memujuk dia lagi. Akhirnya saya cuba bertanya dia kenapa dia tak mahu masuk pertandingan itu. Dia kata dia takut tak pandai masukkan air dalam botol menggunakan span. Dia kata dia takut kalah. Saya kata tak apa kalau kalah. Kita main untuk suka-suka. Tak dapat hadiah pun tak apa.
Sebenarnya masa saya pujuk dia saya ada menyatakan semua itu. Tapi tak berkesan. Apabila saya bertanya pada anak saya sebab kenapa dia tak nak masuk pertandingan itu, dan dia meluahkan sendiri pada saya perasaan dia yang takut pada kekalahan itu, dan saya mendengar serta memujuknya kembali, barulah timbul keyakinan dalam diri dia dan dia mahu masuk pertandingan itu.
Kadang-kadang memujuk anak kena ada caranya. Biarkan mereka meluahkan apa yang terbuku di hati mereka. Walaupun kita boleh meneka hati mereka dan cuba memujuknya, ia tidak sama. Kita harus menjadi pendengar yang baik. Bukan hanya kita sahaja yang bercakap. Biarkan mereka yang meluahkannya.
No comments:
Post a Comment