Thursday, December 18, 2014

Tips menjimatkan ruang freezer utk penyimpanan susu ibu

Tips ni sy dpt masa tgh google tentang ebm. Tak ingat dah kat blog mana.

Cara ni memerlukan plastic storage bag utk ebm. Selalunya plastic storage bag utk ebm ni blh isi byk, antara 7oz - 12oz. Seeloknya anggarkan penggunaan ebm baby anda semasa anda bekerja. Kalau satu hari dia minum 10oz je, isi maximum 10oz. Kalau tak, membazir je ebm yg lebih tu.

Mula2 kumpul ebm yg dah dipam dlm botol dan simpan dlm peti ais bahagian bukan beku. Contoh pagi pam dpt 4oz, tengahari 4oz, petang 4oz, dan mlm 4oz. Jadi ada 4 botol dlm 1 hari.

Lps semua susu tu dah berada pd suhu sejuk yg sama, baru transfer ke plastic storage bag. Total ada 16oz. Jadi blh isi dlm 2 bag yg setiap satu ada 8oz. Lps dah isi dlm plastic storage bag, keluarkan angin. Cara nak keluarkan angin, letak plastic storage bag tu ditepi meja. Kemudian yg bahagian kosong di atas meja dan yg ada susu di bawah meja. Keluarkan angin dan seal plastic storage bag tu. Lps tu baru masukkan dlm frezer dan kedudukan plastic storage bag tu mestilah dlm keadaan baring dan dileperkan. Jangan pula lupa labelkan tarikh dan kuantiti susu dlm plastic storage bag tu..

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment