Monday, December 22, 2014

Membina Keyakinan Diri Anak

Anak saya berumur 5 tahun. Dia susah untuk masuk pertandingan. Dia takut akan tersalah buat dan tidak dapat membuatnya. Dia suka mewarna. Tapi bila disuruh masuk pertandingan mewarna, dia tak mahu. Dia takut kalah dan tak dapat hadiah. Dia lebih suka melihat adiknya yang berusia 3 tahun masuk pertandingan mewarna dan mahu berkongsi hadiah jika adiknya menang. Tapi bila dipujuk, akhirnya dia mahu juga. Dan baru-baru ni ada pertandingan mewarna. Bila diajak masuk pertandingan mewarna, dia sudah mahu. Dia sendiri menyatakan kalau dia tak menang pun tak apa. Masuk pertandingan untuk suka-suka je.


Kebetulan masa pertandingan mewarna tu ada sukaneka acara memasukkan air ke dalam botol menggunakan span. Acara tersebut untuk kanak2 tiga ke enam tahun. Bila disuruh masuk, seperti biasa dia tak mahu. Benda baru, sebab tu dia tak nak. Adiknya ok je. Dah bermacam cara saya pujuk, dia tak mahu juga, sampai saya rasa mengalah untuk memujuk dia lagi. Akhirnya saya cuba bertanya dia kenapa dia tak mahu masuk pertandingan itu. Dia kata dia takut tak pandai masukkan air dalam botol menggunakan span. Dia kata dia takut kalah. Saya kata tak apa kalau kalah. Kita main untuk suka-suka. Tak dapat hadiah pun tak apa. 


Sebenarnya masa saya pujuk dia saya ada menyatakan semua itu. Tapi tak berkesan. Apabila saya bertanya pada anak saya sebab kenapa dia tak nak masuk pertandingan itu, dan dia meluahkan sendiri pada saya perasaan dia yang takut pada kekalahan itu, dan saya mendengar serta memujuknya kembali, barulah timbul keyakinan dalam diri dia dan dia mahu masuk pertandingan itu. 

Kadang-kadang memujuk anak kena ada caranya. Biarkan mereka meluahkan apa yang terbuku di hati mereka. Walaupun kita boleh meneka hati mereka dan cuba memujuknya, ia tidak sama. Kita harus menjadi pendengar yang baik. Bukan hanya kita sahaja yang bercakap. Biarkan mereka yang meluahkannya. 


Kak Ngah masukkan air dlm botol
Kak Long masukkan air dalam botol

Thursday, December 18, 2014

Tips menjimatkan ruang freezer utk penyimpanan susu ibu

Tips ni sy dpt masa tgh google tentang ebm. Tak ingat dah kat blog mana.

Cara ni memerlukan plastic storage bag utk ebm. Selalunya plastic storage bag utk ebm ni blh isi byk, antara 7oz - 12oz. Seeloknya anggarkan penggunaan ebm baby anda semasa anda bekerja. Kalau satu hari dia minum 10oz je, isi maximum 10oz. Kalau tak, membazir je ebm yg lebih tu.

Mula2 kumpul ebm yg dah dipam dlm botol dan simpan dlm peti ais bahagian bukan beku. Contoh pagi pam dpt 4oz, tengahari 4oz, petang 4oz, dan mlm 4oz. Jadi ada 4 botol dlm 1 hari.

Lps semua susu tu dah berada pd suhu sejuk yg sama, baru transfer ke plastic storage bag. Total ada 16oz. Jadi blh isi dlm 2 bag yg setiap satu ada 8oz. Lps dah isi dlm plastic storage bag, keluarkan angin. Cara nak keluarkan angin, letak plastic storage bag tu ditepi meja. Kemudian yg bahagian kosong di atas meja dan yg ada susu di bawah meja. Keluarkan angin dan seal plastic storage bag tu. Lps tu baru masukkan dlm frezer dan kedudukan plastic storage bag tu mestilah dlm keadaan baring dan dileperkan. Jangan pula lupa labelkan tarikh dan kuantiti susu dlm plastic storage bag tu..

Selamat mencuba..

Tips Menjimatkan Duit dgn Cloth Diaper

Sy pakai cloth diaper brand Coolababy, beli online di website aliexpress.com. Brand ni tak mahal sgt. Saya beli 18 keping, dpt harga RM 25 sekeping (termasuk dgn 2 insert). Sy guna jenis charcoal bamboo. Beza charcoal bamboo ni dia kurang berbau skit. Dan lebih lembut pada kulit baby (kurang alergik). Dulu masa anak sulung dan kedua sy guna brand yg sama tp biasa, bukan charcoal bamboo. Tp mungkin sbb sy suka rendam (soak) dan kdg2 rendam berhari2, cloth diaper tu dah kurang elok. Jadi utk anak ke-3 ni sy beli yg baru. Cloth diaper ni tak boleh rendam lama2. Dan kalau kita beli yg baru, kena pakai byk kali baru dia menyerap elok. Maksudnya cloth diaper yg baru pakai kurang menyerap. Bila dah dua 2-3 kali basuh baru ok. Satu lagi, tak boleh jemur panas matahari yg terik. Nanti cepat rosak. Anak sy ni kalau dia kerap membuang air, tahan 2-3 jam je. Kadang2 tahan sampai 4-5 jam. Tapi memang menjimatkan. Kalau anak poo poo pun tak perlu rasa sayang nak salin cloth diaper yang baru. Kalau disposable diaper, mesti rasa sayang nak tukar bila diaper tu belum betul2 basah lagi.. Jadi pada sesiapa yang nak berjimat, disarankan menggunakan cloth diaper. Memanglah pada awalnya memerlukan modal yang besar untuk beli cloth diaper yang banyak. Tapi duit hanya keluar sekali je. Pastu bulan2 tak perlu dah nak beli lagi.. Fikir-fikirkan lah ye..